PENDAHULUAN
Advice adalah sebuah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan pada
28 Disember 2007. Kumpulan nasyid ini ditubuhkan atas inisiatif para
pelajar dari pelbagai buah sekolah yang sangat meminati bidang nasyid. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada beberapa orang guru yang pernah terlibat secara
langsung dalam bidang seni nasyid dan hiburan tanah air. Advice terdiri daripada anak muda bernama Azanizam (Chik), Aqim, Hakimi & Rais yang berasal dari pelbagai tempat yang berbeza.Kumpulan ini
selalu mengadakan latihan secara aktif pada setiap minggu mengikut
jadual yang ditetapkan supaya tidak menganggu pelajaran.
Di samping itu, kumpulan ini semakin meningkat dari segi prestasi penampilan kerana sering menerima dan memenuhi undangan daripada
pihak luar, iaitu peringkat pelbagai daerah, peringkat negeri, dan juga
swasta dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, Advice benar- benar memiliki suatu iltizam untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah mempertingkatkan citra kumpulan nasyid ini ke peringkat nasional agar lebih dikenali dan diminati ramai, di samping usaha ke arah mencapai dan merealisasikan cita- cita murni untuk
menyampaikan dan memperkembangkan usaha dakwah melalui bidang seni nasyid.