Kenali ADVICE GROUP

PENDAHULUAN

Advice adalah sebuah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan pada

28 Disember 2007. Kumpulan nasyid ini ditubuhkan atas inisiatif para

pelajar dari pelbagai buah sekolah yang sangat meminati bidang nasyid. Kumpulan ini mendapat bimbingan daripada beberapa orang guru yang pernah terlibat secara

langsung dalam bidang seni nasyid dan hiburan tanah air. Advice terdiri daripada anak muda bernama Azanizam (Chik), Aqim, Hakimi & Rais yang berasal dari pelbagai tempat yang berbeza.Kumpulan ini

selalu mengadakan latihan secara aktif pada setiap minggu mengikut

jadual yang ditetapkan supaya tidak menganggu pelajaran.

Di samping itu, kumpulan ini semakin meningkat dari segi prestasi penampilan kerana sering menerima dan memenuhi undangan daripada

pihak luar, iaitu peringkat pelbagai daerah, peringkat negeri, dan juga

swasta dari semasa ke semasa.

Oleh yang demikian, Advice benar- benar memiliki suatu iltizam untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah mempertingkatkan citra kumpulan nasyid ini ke peringkat nasional agar lebih dikenali dan diminati ramai, di samping usaha ke arah mencapai dan merealisasikan cita- cita murni untuk

menyampaikan dan memperkembangkan usaha dakwah melalui bidang seni nasyid.

RASIONAL KAMI

1) Bidang kesenian turut mendapat tempat yang tinggi dalam perspektif Islam, bersesuaian dengan fitrah manusia, asalkan tidak menyeleweng daripada syariat Islam.

2) Bidang kesenian berunsur hiburan, termasuklah lapangan nasyid, yang tidak bercanggah dengan nilai- nilai keislaman juga tidak dipandang negatif oleh Islam kerana Baginda Rasul S.A.W tidak pernah menghalang beberapa jenis persembahan hiburan tertentu.

3) Bidang seni nasyid sangat sinonim dalam kesenian dan hiburan keislaman kerana kebanyakan lagu seni nasyid adalah mengungkapkan tema- tema berunsurkan keislaman.

4) Bidang seni nasyid sangat diminati ramai dalam kalangan masyarakat Islam, termasuklah di negara, ini kerana perkembangannya semakin popular dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

5) Generasi muda, terutamanya pelajar, harus dipupuk, dibimbing, dan diberi galakan untuk meminati dan menceburi bidang seni nasyid sebagai generasi pemangkin untuk terus mempertingkatkan lagi perkembangan seni nasyid di negara ini.

OBJEKTIF UMUM

a) Mempertingkatkan perkembangan seni nasyid sebagai salah satu pemangkin untuk mengagungkan citra keislaman.

b) Menjadi bidang seni nasyid sebagai satu media untuk menyebarkan usaha dakwah dalam Islam.

c) Menggalakkan generasi muda meminati lagu- lagu nasyid sebagai hiburan yang lebih bermanfaat, berbanding dengan pelbagai jenis lagu lain yang lebih banyak menerapkan budaya Barat yang sesetengahnya adalah bercanggah dengan syariat Islam.

OBJEKTIF UMUM

a) Mempertingkatkan perkembangan seni nasyid sebagai salah satu pemangkin untuk mengagungkan citra keislaman.

b) Menjadi bidang seni nasyid sebagai satu media untuk menyebarkan usaha dakwah dalam Islam.

c) Menggalakkan generasi muda meminati lagu- lagu nasyid sebagai hiburan yang lebih bermanfaat, berbanding dengan pelbagai jenis lagu lain yang lebih banyak menerapkan budaya Barat yang sesetengahnya adalah bercanggah dengan syariat Islam.

KHUSUS

a) Mempertingkatkan citra remaja melalui kejayaan penubuhan kumpulan nasyid yang berkemampuan dan berwibawa pada peringkat nasional.

b) Mempertingkatkan citra negeri Kelantan melalui kejayaan penampilan kumpulan nasyid dari negeri Kelantan.

c) Mencungkil bakat golongan muda dalam bidang seni nasyid dari semasa ke semasa.